Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Kelantan ke 13

Sidang pertama Istiadat Konvokesyen UMK Ke 13 menyaksikan seramai 3 orang graduan Doktor Falsafah dan 10 orang graduan Sarjana Sains daripada FBKT menerima ijazah masing-masing. Jumlah graduan seramai 13 orang pada tahun ini telah meningkat berbanding 11 orang pada tahun sebelumnya.

Selain itu, seramai 7 orang pelajar ijazah sarjana muda menerima Anugerah Kecemerlangan dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.

Tahniah dah syabas kepada semua graduan pascasiswazah dan penyelia masing-masing dan tahniah juga kepada penerima anugerah kecemerlangan pada sidang pertama ini.

Dr Boon Jia Geng